Pages

Wednesday, April 25, 2012

Inilah diriku: Tudung

Bismillah.

Salam.



Kali ini, saya rasa nak blog in malay. Sebab rasa macam lagi best kot blog pasal perkara ni dalam bahasa ibunda. Lagi,, apa orang kata tu,, lagi feel..? hoho. dan of course, bila aku blog in malay, memang akan jadi panjang entri ni. Maka, bersedialah!

Waktu saya tengah cuci pinggan tadi, tiba-tiba saya terfikir pasal pakaian yang saya pakai bila keluar. Lebih kepada tudung kot. Dan terfikir akan beberapa perbualan dengan rakan-rakan. Buat masa ini, saya lebih suka memilih untuk memakai tudung yang labuh. Samada tudung bulat, tudung bidang 60 atau tudung 50. Tapi saya nak cuba kurangkan pakai tudung bidang 50 sekarang. (Untuk ketinggian macam aku, tudung bidang 50 ni sebenarnya tak lah labuh mana). Doakan saya berjaya, insya-Allah. Hoho.

Mari saya kongsi sebuah cerita yang diambil daripada imbasan lalu memori saya.


-------------------------------------------

Nak pakai tudung labuh tak?

Sebelum masuk asasi dulu, aku banyak fikir pasal tudung. Kat rumah ni ada banyak jenis tudung, dan banyak pula saiznya (maklumlah, adik-beradik perempuan 9 orang). Waktu tengah packing tudung, aku fikir, "agak-agak, kat kampus nanti, aku pakai tudung apa ek?" Aku consider betul-betul. "Aku ambil TESL, orang kata, orang TESL ni, barat benor. Kampus yang aku masuk, bukan universiti Islam pun. So, mungkin suasana 'Islamik' tu kurang. Takut lah nak pakai tudung labuh. Takut tak dapat istiqamah."

Ye, aku fikir macam tu. Walaupun aku memang budak sekolah agama dulu, dan memang pakai tudung labuh bila keluar, tapi aku masih takut dengan persepsi orang awam.

Walaubagaimanapun, aku bawa je tudung-tudung labuh tu. Bidang 60" dalam 4 helai, tudung bulat sehelai, bidang 50 2 helai.


Hari aku pakai tudung singkat sikit.

Waktu hari pendaftaran, aku pakai tudung bidang 50, siap selimpangkan lagi (biasa kalau aku pakai bidang 50, aku pinkan ke bawah). Aku berangan depan cermin besar kat ruang tamu. Pusing-pusing, tengok dari every angle. Hm, ok kot tu. Cukup syarat kot.
Skali kakak aku tegur, "hei Aliya, pendeknya tudung ko."
Aku slambe je jawab, "Okla ni. Tutup lagi kan."

Kakak aku balas, "Ko ni, baru nak masuk tudung dah pendek. Nanti kang makin lama makin pendek macam mana?"
Sentap sikit. Aku jawab dengan berhati-hati, "wuhh, insya-Allah tak."


Dalam hati time tu, aku tersedar, "Betul jugak ek. Tapi, wuu, mintalah dijauhkan.."

dan aku teruskan pakai tudung begitu bila pergi mendaftar asasi tu. (tak insaf lagi)

---Fast forward sampai petang tu. Orientasi bermula.
Tiba waktu asar, kami semua berkumpul di masjid untuk menunaikan solat berjemaah.
Disebabkan aku dah jama', aku duduk la kat bahagian belakang, dan memerhatikan para muslimat masuk ke tempat solat.

Mata aku tertarik pada seorang muslimah yang bertudung labuh. Eh, ada kawan dia skali tu...
Kemudian, ada lagi beberapa budak part one yang bertudung labuh. Tapi tak sampai sepuluh la.

Sentap. Aku malu. Mereka kuat. Kuat untuk istiqamah dengan identiti sebenar mereka. Aku? Hipokrit. Takut nak pakai tudung labuh. Malu weh. Walhal, itulah identiti sebenar aku. Aku sebenarnya lebih selesa dengan tudung labuh. Tak selesa pakai tudung singkat sikit. Aku tahu itu.

Thanks to them, lepas tu, terus aku pin tudung aku ke bawah. Esoknya, aku pakai tudung bidang 60.
dan aku berazam untuk terus istiqamah.


Pakai tudung labuh, betul ke kena tease?

Ye betul. Tapi kan, sebenarnya, bilangan manusia yang support anda dalam diam lebih ramai daripada mereka yang tease anda. Yang tease tu berapa orang je kot. Walhal, yang menyokong anda, belambak.

Zaman aku sekolah dulu, aku pernah keluar shopping dengan mama dengan adik-adik (duh). Sekali ada satu geng ni melintas sebelah kami. Dengan semangat nye mereka sebut, "ehhh, Selawat cepat. Selawat cepat!" Kawan2 derang yang lain sambut la, "Asyhadu alla, ilaaha ilallah.."

Geram betul aku dengan mereka. Tu bukan selawat la. Itu syahadah! Tsk. Syahadah tu, jangan main-main. Agak-agak mereka faham tak apa yang mereka sebut tu? Hm. Itulah yang jadi bila belajar, tapi tak faham. Astaghfirullah.

Kena gelar ustazah? Biasa sangat dah tu. Aku pun aminkan aje. Deep down, sebenarnya rasa tak layak. Ustazah tu, dah belajar agama tinggi-tinggi, graduate dapat degree, barulah boleh dapat gelaran tu. Aku ni? TESL pun baru foundation kot. PQS, PSI, Bahasa Arab sampai SPM je.

But, percayalah, orang yang tease tu, tak ramai. Lebih ramai menyokong. Serius.


Ramai yang support aku bertudung labuh dalam kampus.

Yup, ramai menyokong aku. Kawan-kawan kat situ faham, itu style aku. Yes, kawan-kawan aku, the TESLians. Walaupun, adalah dalam empat lima orang je yang pakai tudung labuh, yang lain-lain tu faham. Mereka siap jaga aku lagi. Waktu aku nak pakai shawl, aku minta kawan-kawan aku (yang tudung labuh & biasa) ajarkan. Mereka tahu, kalau aku nak pakai shawl, mesti yang stail labuh sikit. Peww, terharu..

Kawan-kawan aku memang baik dengan aku. Taklah Inggeris mana budak TESL ni. Pergi kelas pun wajib pakai baju kurung. Inggeris ke tu? Ketimuran kot. Lagu-lagu yang didengar pun banyak lagu melayu dan kpop. Timur sangat! So, boleh bangkang mana-mana pihak yang kata 'TESLians ni kebaratan sangat' sekarang. 

Dan, dengan tudung labuh, sebenarnya, orang hormat. Aku pernah, waktu malam-malam, nak lalu satu lorong ni. Kat lorong tu, ada sepasang kekasih tengah dating betul-betul kat pathway tu. Halang jalan. Aku pun main lalu jela. Bila couple tu nampak aku mendekati, serta-merta mereka menjauhkan jarak antara mereka, dan bagi laluan. Tau segan. Padahal aku tak cakap apa-apa pun. Bagus. Aku pun nak balik bilik cepat waktu tu.

dan, sebenarnya, memang orang suka penampilan bertudung labuh.
Waktu annual dinner, aku ingat lagi, salah seorang pensyarah aku cakap ni pada aku, "maintain being the girl you are". Pewww,, terharu lagi.. Sebenarnya aku tak dengar sangat, sebab dewan tu bising amat, tapi, point dia macam tu la.


Tudung menjaga akhlak.

Aku pernah berdiskusi pasal jenis-jenis tudung yang dipakai dengan sahabatku sejak kecil, Aliya Adzlan, ataupun aku lebih biasa panggil dia Kak Ya. Dia biasa panggil aku Dek Ya. Sweet tak kami?
Ok teruskan pada point.

Kami cakap pasal tudung bulat, yang kalau tengah nak ambil makanan, kuah makanan tu senang tercalit pada tudung -__-", yeah, undeniably true.

Tapi kan, sebenarnya bila pakai tudung bulat, automatik rasa nak jadi sopan. Rasa macam kena jaga je akhlak. Kak Ya pun setuju dengan fakta tu. Hoho. Serius.

Since aku pakai 3 jenis tudung sekarang ni, aku dapat rasa lah perbezaan dia:

  • Bila aku pakai tudung bidang 50, sebenarnya tudung tu ok je. Tutup je. Betul. Tapi, ntah, kadang-kadang boleh juga rasa tak selesa pakai tudung macam tu. Dan, bila pakai tudung begitu, aku rasa macam nak jadi lasak. Tetiba, tapi betul. Rasa macam nak jadi bising, jadi outgoing bangat, gitulah.
  • Bila pakai tudung bidang 60, rasa kena jadi sopan sikit. Jaga suara. Jaga tingkah laku. Jaga cara jalan, cara duduk, semua tu lah.
  • Bila pakai tudung bulat, rasa macam ada aura ke-'malaikat'-an sikit. Rasa macam ayu sangat (perasan). Nanti tiba-tiba je aku jadi sopan. Lebih menjaga. I like it that way.

Dan pernah sekali aku cuba pakai shawl, or pashmina kot. Aku tak selesa sangat. Aku tak nak pakai lagi dah. Tapi dia memang labuh, tapi, aku rasa, itu bukan style aku.

Dan atas sebab-sebab di atas, aku lebih suka pakai tudung bulat. Tambahan pula, tudung bulat tak perlu pin-pin. Sarung terus je, senang.


Kesimpulan

Apa yang dapat aku simpulkan di sini, yah, aku memilih tudung labuh dan berazam menjadikannya identiti aku. Bila pakai tudung labuh, aku rasa lebih terjaga, sebab lebih ter'tutup'. Angin nak tiup pun susah sikit la. Kalau tudung singkat, angin tiup, terangkat, sudah, nampak leher. Tudung beso sikit ni, susah sikit nak terangkat atas-atas kan.

Aku tak selesa pakai tudung yang singkat sikit. Rasa agak insecure. Sebab tu aku lebih selesa dengan tudung labuh.

Inilah aku.
Style aku.
Style yang aku pilih.

Namun, akhlak ku belum sempurna. Tak semestinya yang bertudung labuh semua akhlaknya macam malaikat. Adakah perlu menunggu akhlak macam malaikat baru nak pakai tudung labuh?
Rasanya tak perlu kot. Sebab, inilah apa yang aku selesa dengannya.
Dah elok dari segi pakaian, kita cuba sikit-sikit untuk elokkan akhlak pula. Insya-Allah.

Apa yang penting, kita dah penuhi tuntutan menutup aurat dan kita selesa dengannya :)

Doakan saya istiqamah. Juga muslimat yang lain.

baiklah. rasanya ini sahaja yang mahu dikongsikan.
Pardon me for the long post, as usual.
Idea datang mencurah-curah setelah lama tak da idea, as usual.

Sekian sahaja. Semoga Allah merahmati kita semua. Terima kasih bagi yang berjaya baca sampai habis.
Wassalam.


14 comments:

  1. Sobssobssobs. Turut terharuuu. Sbb merasakan hal yg lebih kurang sama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)) Rasanya all pemakai tudung labuh share the same experience, cuma lain sikit kot. hoho. but the feeling we get is the same.

      Delete
  2. hehehehe baiknye adik aku!! wah klaka sangat kisah kat angsana tu! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. cane uswah tau kat Angsana? Aya tak tulis pun kat situ. haha. tapi memang kat Angsana pun.
      ntah, orang2 tu, tak suke betul. dahla salah 'selawat'. hoho.

      Delete
    2. sebab uswah rasa cam aya penah cite kat angsana. haha

      Delete
  3. dr hr aya update lg akak nk bace entri ini.. tp akhirnya hr ini juge bru bace. :)
    dilema ini sangatlah kannnn~~
    akak ni terbalik pulak situasinya. kt rumah yg jd nk buat mcm2 sbb byk choice tudung! kt kampus akak bwk yg berjahit saja~ =.=" so xde pilihan. tp still, saiz mcm2... =.="
    dan skrg dlm proses make up balik otak ini... huhu.. paksi mana yg mahu dipilih sbagai tonggak~ T.T
    jazakillah khair perkongsian ini aya. :']

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho. memang ramai lalui benda ni kan?
      jom ah, semoga kte dpt istiqamah dgn pilihan2 yg baik. huhu.
      afwan, kak piya :))

      Delete
  4. same goes to me...
    itu diri kita..n kita selesa dgn itu kn..\n Alhamdulillah x mmbolakkn hati kita utk memendekkn lg tdg..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup2 :D semoga sama2 kite istiqamah, insya-Allah!

      Delete
  5. Ye, pengalaman kita lebih kurang je. Diperli ustazah, tibe2 nak ucap Alhamdulillah, byk la. Rase geram tu mmg ade, tpi kita sebagai umat islam hnye mampu bersabar je la kan. Itu gaya kita. Inshaa Allah, tidak akn tergerak hati utk tukar gaya laen. :)

    ReplyDelete