Alhamdulillah, pada 11 November yang lalu, usiaku telah berhijrah daripada angka 18 ke angka 19. Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelumnya, menjelang usia baru, ramai sahabat handai serta kaum keluarga telah memberikan doa yang cukup bermakna untuk ku. Terima kasih semua :)
Semoga segala doa itu termakbul untuk kamu semua. Amin!
Sehari sebelum hari lahir saya, 10 November, roommate saya, Effa kehilangan ayahnya. Allah lebih menyayangi ayahnya. Semoga Effa dan keluarga tabah dan kuat menghadapi dugaan ini. Allah pilih mereka untuk ujian ini. Allah tau mereka kuat. Allah sayang mereka.
Semakin usia saya meningkat, semakin banyak saya dengar berita kematian. Itu tandanya Allah dah bagi banyak peringatan untuk saya. Perkara ini juga membuatkan saya berfikir, bagaimana keadaan saya nanti? Bagaimanakah kesudahan saya? Jika berakhir sekarang, puaskah saya dengan keadaan diri sekarang?
Tidak. Semestinya tidak. Kerana itu saya sedar akan keperluan untuk berhijrah.
Berhijrah ke arah yang lebih baik.
*Ouhh,, terangnya.. Mabushi.!!* |
Tapi itulah kan, setiap tahun pasang azam untuk berhijrah. Tapi buatnya entah ye entah tak. Macam boleh marah diri sendiri,
"Kau ni betul ke nak berhijrah? Kalau betul, dah banyak mana kau berubah sejak bulan lepas? Ok la, bagi chance jangka masa panjang sikit. Banyak mana kau berubah sejak tahun lepas?"
Banyak ke? Atau, ada ke pun?
hm. hm. *serba tak kena nak sambung tulis*
*sambung jelah*
Berhijrah ni susah. Diri sendiri perlukan tekad dan azam yang teguh, kuatkan diri untuk istiqamah, mujahadah.
Kadang-kadang rasa kagum tambah takjub dan diadun dengan serbuk 'respek' pada golongan sahabat Nabi s.a.w., yang mampu berhijrah secara total. Sikit pun tak nak kembali pada jahiliyyah. Sanggup buang kesenangan, sanggup keluar dari zon selesa masing-masing. Huwaaa hebat..
Kita kita? (Gaya abe Raja Shamri. koh koh)
Aku sendiri?
Usia dah berhijrah, berhijrah ke era 'dah besar' dan matang (sepatutnya). Dah 19 tahun.
Orang dulu-dulu, 19 tahun dah bekerja. Zaman kegemilangan Islam dulu, orang umur 19 tahun dah jadi penyelidik, guru, hafiz/hafizah, hebat-hebatlah.
Aku belum sampai tahap itu. Tapi aku perlu sampai ke tahap itu.
Maka, hijrah itu perlu.
Hijrah gaya hidup.
Hijrah peribadi.
Kamu tak boleh memulakan bab baru dalam hidupmu jika kamu selalu menjenguk bab sebelum itu. Lepaskan silammu, dan majulah ke hadapan. |
Semoga Allah s.w.t. memberikan kita kekuatan untuk mencontohi para sahabat Rasulullah s.a.w, yang berhijrah ke dalam Islam secara total. Aamiin.
"Siapa kata kita tidak boleh?
Kita ada Allah Maha Kuasa,
Kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
Umat Islam sentiasa boleh."
- Menuju Wawasan, dinyanyikan semula oleh Unique
Jom berhijrah!
juga,
Marilah kita terus berdoa untuk saudara-saudara kita di Gaza, Palestin, Syria dan di seluruh dunia :'|
Wassalam.
P/S: Macam biasa, post mesti panjang habis selepas dah lama tak update. apatah lagi kalau in malay. hoho~
the 2nd pic is... oh. am touched by the words aliya~ uhuh. :)
ReplyDeletebetul.. dia ada banyak berkait dengan 'sayonara jahiliyah'. huhu.
Delete