Pages

Tuesday, January 1, 2013

Sempena Tahun Baru

Bismillah.

Salam. It's new year. Happy new year everyone! 2013 dah :)
I'll write the next part in Malay.

Sempena sambutan tahun baru, team Aqsa Syarif dan GEMA Johor ada buat persembahan di Dataran Johor malam tadi. Saya pun join sekaki dua. Persembahan yang dibuat ialah pentomen, dengan kak Myra Azlan dan kak 'Atiqah Shaharuddin sebagai pengarah.

Berikut adalah video persembahan kami --> Part 1 & Part 2

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, walaupun hujan sedang turun. Nasib baik renyai-renyai je, tak lebat pun.

Saya rasa seronok dapat sertai persembahan ni. sebaaab, waktu buat persembahan ni kan, terbayang orang-orang Palestin kat sana. Mereka sangat bersemangat untuk pertahankan tanah air dan agama mereka. Semangat untuk pertahankan Islam.
Dahla banyak ilmu yang mereka belajar. Ilmu tauhid, ilmu duniawi (belajar jugak tau matematik sains semua tu), ilmu pertahankan diri lagi. Pakej. Semuanya untuk Islam. Kerana Allah.

Bila ingat semua tu, saya rasa nak juga ada semangat yang macam mereka tu. Buat semuanya kerana Allah, untuk Islam. bak moto UTM, kerana Tuhan untuk Manusia. eheh. tibo.
Maka, apabila terkenangkan suasana di sana, hadirlah semangat untuk belajar. Lagi-lagi di musim final ni kan. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah kerana menyedarkan saya.
Kukuhkanlah semangatku ini, agar terus bersemangat untuk menyumbang kepada Islam.

Semoga rajin!
Rajin! Rajin! Rajin! *nasihatkan diri sendiri.

baiklah, sebelum saya mengundur diri, ni gambaq.

Malu weh kalau dok relax ja, tak buat apa-apa.


Semua yang terlibat.

Banyak-banyak gambar lagi ada di facebook IKRAM Johor.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Selamat tahun baru 2013!
Jom bina jiwa baru! ;)

oh, doakan saya dan rakan-rakan ya. hihi.
doakan sekali untuk umat Islam di seluruh dunia, esp di Palestin, Syria, Malaysia sendiri, dll.

wassalam.

2 comments: