__________________________________
Salam.
Alhamdulillah, hujung minggu lepas dapat join program ke-3 dalam siri 'The Open Circle'. Buat yang belum tahu, The Open Circle ni program bulanan khusus untuk wanita/gadis yang merupakan alumni Sekolah Islam Hidayah (PaLS). Masa program pertama dan kedua, diadakan sembang santai dengan Makcik Sumilah dan Ustazah Jamilah (respectively). Untuk event yang ke-3 ni, nak buat kelainan sikit, maka wujudlah idea untuk buat kelas baking. Hidangan yang dipilih ialah Scones sebab tak ramai tau buat, tapi sebenarnya mudah je nak buat, insya-Allah.
Scones ni merupakan hidangan British. Dia macam donut, tapi takda lubang, luar dia keras tapi rapuh (crumbly) dan dalam dia lembut. Rasa dia manis. Biasanya dimakan dengan jem dan krim. Oh, sedapnya.
Ini plain scones yang dah diletakkan jem dan krim. strawberi dan kismis tu hiasan je. |
Kami belajar buat 3 jenis Scones: 1) Cheese Scones, 2) Raisin Scones dan 3) Plain Scones
Tak banyak beza pun dalam resepi ketiga-tiga scones ni.
Memandangkan kat FB dah di-share resepi yang English version, maka di sini ana share resepi versi Bahasa Melayu. lagi senang nak express. ceh.
Plain Scones
Bahan-bahan:
- 225g tepung naik sendiri (boleh campur tepung biasa), sudah diayak/sieved
- 25g gula kasta
- 50-100g butter sejuk
- 1 cubit garam
- 1 sudu teh baking powder
- 150ml susu
- 1 biji telur campur susu
- Aluminium foil (buat alas baking tray. Senang, tak perlu basuh tray)
Cara-cara:
- Campurkan tepung, garam, gula dan baking powder. Gaul rata. Guna tangan je.
- Masukkan butter dan gaul rata lagi. Pastikan gaul guna hujung jari je, dan gaul sampai dia jadi crumbs. Pastikan juga takda gumpalan-gumpalan kecil. Biar nampak smooth macam pepasir.
- Buat lubang kat tengah-tengah, masukkan susu. Gaul rata guna sudu kayu.
- Taburkan tepung (dusting) atas gumpalan mixture tadi.
- Masukkan dalam fridge selama 10 minit. (Tapi kalau nak cepat, boleh skip this step)
- Uli sampai dia jadi setebal 1-2cm.
- Tekap guna cawan atau gelas. Elakkan memutar ketika menekap bagi memastikan scones dapat menaik dengan baik semasa dibakar.
- Letak scones yang dah ditekap atas aluminium foil (yang kat baking tray, of course)
- Sapu campuran telur + susu atas scones yang dah ditekap supaya atas dia jadi berkilat lepas dibakar.
- Bakar selama 12-15 minit dengan suhu 220°c
- Lepas siap, belah dua scones secara melintang, sapu butter, jem dan/atau krim. tutup balik scones, dan makan.
Senang kan?
Cheese Scones |
- Tambah secubit serbuk lada hitam lepas no. 1
- Tambah cheese yang dah dicincang lepas no. 2. Guna goat cheese sedap, sebab rasa dia pekat lagi.
- Tak perlu makan dengan krim atau jem. Boleh makan terus gitu.
Untuk Raisin Scones:
- Tambah kismis lepas no. 2.
Pre-baked raisin scones. Macam chocolate chips pun ada kan? Oh, raisins ni boleh ganti dengan chocolate chips pun, kalau nak. |
Jadi, itulah dia resepinya. Mehla cuba buat.
Kalau batch ada buat gathering yang ada potluck, boleh la ramai-ramai bawa scones buatan sendiri. ohoho.
InsyaAllah program The Open Circle akan diteruskan setiap bulan. Ana akan terus update bila ada nanti.
Oh, dan tahun ni merupakan tahun ke-5 sejak kita habis sekolah. Jom buat gathering batch ~
Sekian, wassalam :)
No comments:
Post a Comment