Assalamualaikum w.b.t.
Post ini adalah dedikasi buat abah :)
Abah yang penyabar, penyayang, pemurah, pendorong,
dialah inspirasi kami. Kekuatan kami. Idola kami.
Abah banyak berkorban untuk anak-anak abah. Sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati anak-anaknya. Sentiasa ada untuk memberi sokongan buat anak-anaknya. Sentiasa bersabar dengan anak-anaknya. Sentiasa percaya pada anak-anaknya.
Untuk itu, aku amat berterima kasih kepadanya.
Terima kasih abah.
Terima kasih Allah kerana telah mentakdirkan abah sebagai ayahku di dunia.
Dan aku berharap supaya Allah akan menghimpunkan kami sekeluarga di syurga-Nya kelak. insya-Allah.
Selamat hari lahir, Abah :)
4 Oktober 1962
OK, abah tak sambut birthday. tapi tak salah kan nak doakan abah banyak-banyak? heee..
Semoga Allah menyayangi dan memberkatimu selalu. Semoga tetap kuat semangat dan azam. Semoga tetap semangat! Semoga tetap tersenyum selalu. Semoga sihat selalu. Semoga segala urusan abah dipermudahkan. Semoga diluaskan pintu rezeki untuk abah. Semoga bertambah bernas dan kreatif idea untuk mereka bangunan ;) . Semoga tetap hebat. Semoga berjaya di dunia dan akhirat, insya-Allah. Amiin! :D
Alhamdulillah, aya bersyukur dapat abah macam abah.
and I'll try my best to be a great daughter of yours, insya-Allah.
Mama untung dapat abah. Dan abah pun untung dapat mama. Aku pun untung dapat abah mama.
Alhamdulillah :)
Sekian sahaja.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment