Pages

Monday, October 24, 2011

Day 27; What kind of person attracts me


 This post is included in the 30 days challenge


Salam :)

Kali ni nak tulis dalam bahasa melayu. Sebab, saya tertarik dengan orang yang kemas.
dan saya tak tau kemas dalam Bahasa Inggeris apa.

Smart?
Kalau buat ayat 'A smart person attracts me', macam membawa maksud orang yang pandai, bukan kemas. hoho.

Tidy?
Tidy ni macam lebih kepada kekemasan barang atau tempat pula.
She has a tidy appearance. rasa macam tak betul je ayat tu kan? Ke betul ha?

Siapa yang ada perkataan paling sesuai untuk kemas, selain smart dan tidy, sila bagitau ye. hoho.

Jadi, yup, saya suka seseorang yang kemas. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ataupun daripada hujung tudung sampai ke hujung stokin.

Lee Young Ae, berlakon sebagai Janggeum dalam Jewel in The Palace
Saya suka menonton cerita Jewel in the Palace sebab pelakonnya sangat kemas. Rambut dia, tengoklah macam gambar kat atas ni. Kemas betul. Macam mana lah dia sikat dan ikat tu. Huh. Pakaian pun sopan je. Sedap mata memandang.


Kwon Sang Woo, berlakon sebagai Cha Song Joo dalam Stairway to Heaven
macam ni pun kemas juga. Piano sebelah dia pun warna putih (tak sal). Baju kemas. Rambut kemas. Tak tutup dahi. Smart lah.


Ni pun smart. Tengok lipatan tudung kat bahagian muka tu. Kemas je. Bukan senang nak lipat tudung kemas-kemas macam tu. Kalau kain yang lembut sangat, nanti dia senget. Atau tak betul lah. Kalau kain yang licin, nanti tudung tertarik lah. Kadang-kadang kena lilin dulu kat bahagian muka tu, baru kemas. Itu pun kalau lilin dengan betul. Kalau salah cara lilin, makin buruk lah jadinya. Okeh, siapa tak faham angkat tangan.

Kat sekolah dulu, saya ada satu habit. Iaitu tengok muka kawan-kawan saya, tengok lipatan tudung kat muka dia. Kalau kemas, memang saya tenung lama-lama sikit. Oh, saya suka juga berbuat demikian terhadap ustazah-ustazah di sekolah. Sebab ustazah punya tudung biasanya sangat kemas. Adorable.

Kesimpulannya, saya suka orang yang kemas.
Islam pun menganjurkan umatnya untuk berpakaian kemas kan?
Sejuk mata memandang. Sejuk hati melihat. Rasa macam ada aircond dalam hati.

Jadi, marilah kita berpenampilan kemas selalu! :D

Sekian, terima kasih.
wassalam.

3 comments:

  1. teringat ustazah hawanis, tudung sangat kemas! hehe..

    ReplyDelete
  2. piah; kan kan kan? ustazah rosmawati pun tudung kemas. suka bila tengok ustazah bercakap. huhu.

    ReplyDelete
  3. MaxiMove LTD are a family run removal company offering home removals and same-day collection and delivery services at a competitive price. It's our goal to listen to our customers and put their requirements first and to provide you with an efficient, reliable and personalised service ensuring your moving day runs smoothly.
    House removals Wigan
    House removals Wigan

    ReplyDelete