Pages

Sunday, October 30, 2011

Antara Sabar dan Mengeluh

Bismillah.

Assalamualaikum w.b.t.

Malam tadi, aku nak tidur. Tapi tak dapat tidur. Kepala asyik berfikir. Macam-macam yang aku fikir. Pasal blog, pasal kawan, pasal 'aku nak tidur! tapi kenapa tak dapat tidur?', pasal pelajaran, pasal result (cuak), pasal sem depan, pasal driving, pasal sekolah (sob sob. rindu), tu je kot.

Tengah-tengah fikir pasal sekolah tu, tiba-tiba aku teringat kisah yang akak naqibahku pernah cerita waktu MDP dulu. Ni waktu aku tingkatan 3 (2008). Naqibah aku ketika itu ialah kak Nusaibah Kamsari, yang ketika itu tingkatan 5. Hari tu hari Jumaat, pagi. Dalam sesi tazkirah, kak Nusaibah bercerita tentang seorang perempuan yang sabar. Ini kisahnya. (aku google dan jumpa di blog syahirul)

photo credit to ru0905 @ flickr

Antara Sabar dan Mengeluh


Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang bernama Abul Hassan pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf, tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain ia pasti kerana wanita itu tidak pernah risau dan bersedih hati”, katanya.

Wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan tiada seorang pun yang mengetahui hal ini.

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu?

Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?’” Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu.


Lalu disuruh adiknya baring dan disembelih leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana dia telah dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?

Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi: “Tidak ada balasan bagi hambaKu yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula, “Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotong baginya pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat Ibnu Majah)
_______________________________________
"...Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"
[Al-Baqarah, 2: 153]
photo credit to: Musa Kuuma @ DeviantArt

Macam mana kisah tadi? Best kan? walaupun seram dia sembelih adik dia. oyr! >__< kesian betul budak innocent. Tapi kuat betul wanita tadi hadapi dugaan kehilangan seluruh ahli keluarganya.. wuu..

Kesimpulannya, sabar lah. Tak perlu mengeluh. Apa yang kita dapat kalau mengeluh? Rasa lagi penat adalah. Sebaliknya, kalau kita sabar, senyum je, terus positif, insya-Allah, tenang rasa. Hidup pun rasa lebih bahagia. Wajah orang yang bersabar, sangat sangat sangat cantik dan indah, macam wanita tadi. Mehle kita cuba contohi kesabaran wanita tadi. Siapa sabar dia cantik/hensem.

Terima kasih kepada kak Nusaibah, kakak naqibahku, kerana telah menyampaikan kisah tadi kepadaku dan rakan-rakan se-MDPku ketika itu :) Semoga Allah memberkatimu.

Sekian sahaja kisah hari ini.
Terima kasih kerana sudi membaca.
wassalam.

P/S: MDP = Majlis Diskusi Pelajar, merupakan usrah yang diadakan setiap minggu di sekolahku dulu (SMIHJB). MDP diketuai oleh seorang naqib/naqibah. Naqib/Naqibah yang dipilih pula ialah mereka yang berjawatan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), tingkatan 3-5, ataupun kalau bukan PRS, Ustaz/Ustazah yang akan mejadi naqib/naqibah.

1 comment:

  1. MaxiMove LTD are a family run removal company offering home removals and same-day collection and delivery services at a competitive price. It's our goal to listen to our customers and put their requirements first and to provide you with an efficient, reliable and personalised service ensuring your moving day runs smoothly.
    House removals Wigan
    House removals Wigan

    ReplyDelete