Saturday, December 31, 2011

Tazkirah daripada Hanaa

Bismillah.

Salam.

Have I ever mentioned that I'm back at JB now? I guess not. So yeah, I'm back at JB. It's my 8th day here, actually. and I'm leaving for my grandma's house tomorrow, and will be back to Lendu on the next day. Wuu, time flew so faaaaaast.. Mid-semester break, Y U NO end slower? agagaga..

Eh, actually, I want to write in malay in this post.
Mari kita menyambung ber-blog dengan bahasa ibunda.

Seminggu sudah aku duduk di rumah. Alhamdulillah dapat banyak luangkan masa dengan keluarga tercinta, dapat ber-reunion dengan sahabat satu batch yang perempuan (mawar generasi12), dapat memandu kereta di sekitar Johor Bahru setelah sebulan mendapat lesen. Alhamdulillah atas segalanya.

Aku sebenarnya mahu berkongsi akan pengalamanku bersama dengan Hanaa, adikku yang paling kecil, bakal berusia 6 tahun pada Mac tahun depan. Post khas sempena berakhirnya 2011, ialah tazkirah daripada Hanaa.



----------------------------------------------

Ketika itu, aku sedang makan maggi goreng dengan Hanaa. Tiba-tiba Solehah datang sekali. Biasalahkan, tumpang segarfu dua.
Solehah: Naaaakk..
Hanaa: Ambillah (dengan lembut dan baik hatinya).
Aku: Hah, makanlah.. Tapi jangan banyak sangat..! Tapi, makanlah..
Solehah: Terima kasiihh..
Aku: Haa, dah, jangan banyak-banyak sangat. Kalau nak lagi, buat sendiri. hoho.
Hanaa: Aliya ni, kongsi jelah dengan Solehah. Allah kan sayang kalau kita kongsi-kongsi..
*suuuuu......zup* (bunyi anak panah tercucuk kat jantung)

Hanaa, itu pedih. Terima kasih kerana menegurku.
Akhirnya, kongsi dengan Solehah sekali.
Tapi Solehah memang ambil tak banyak pun.
Nasib baik. <--- ok, ini jahat.

-----------------------------------------------

Situasi seterusnya. Hanaa nak makan burger. Aku nak potong daging burger untuk digoreng. Aku potong sebab daging burger tu kan dia macam melekat antara satu sama lain kan, beku pula tu. (sila bayangkan Ramly punya daging burger).

Nak dijadikan kisah, waktu tengah potong daging burger tu, hujung pisau tu tercucuk tapak tangan aku. Nasib baik lah hujung pisau tu tak tajam sangat. Tapi berdarah la juga setitik. Hanaa pun mula la bertazkirah;

"Itula, lain kali, sebelum potong, baca bismillah."

Oh a'ah kan. Aku lupa baca bismillah. Astaghfirullah. Lepas tu, alhamdulillah tiada lagi kecederaan lanjut. Dan Hanaa pun dapat menikmati burger dengan riangnya.

------------------------------------------------

Alhamdulillah, terenye mama dengan abah didik Hanaa sampai boleh bagi tazkirah kat aku. huhu.

Pengajaran daripada tazkirah Hanaa:

  1. Jadilah terbuka untuk berkongsi. Lebih baik, bersikap ithar; melebihkan orang lain daripada diri sendiri.
  2. Sebelum apa-apa perbuatan, baca bismillah. Insya-Allah, senang kerja. Kerja dikira jadi ibadah lagi :)


Semoga Hanaa membesar dengan menjadi anak yang solehah untuk mama dan abah, dan jadi muslimah yang hebat, insya-Allah.

Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini.
Wassalam :)

5 comments:

  1. ayat Hanaa camni la.. "Kan Allah sayang kalau kita berkongsi.." Skema sikit hasil didikan kartun bahasa melayu. haha..

    ReplyDelete
  2. Fatah: terima kasih!

    Ahmad: dah pandai dah Hanaa. Yelah, nak gi tadika dah. cepat je dia besar.

    Safiah: A'ah kan! haha. patutla rasa macam lain sikit struktur ayat tu. Ayat Hanaa skema lagi. haha.

    ReplyDelete