Friday, June 29, 2012

Teguran yang innocent

Bismillah.

Salam.
*mod berblogging dalam bahasa ibunda*

Alhamdulillah. Banyak sangat pekara yang aku belajar ketika mengajar. Untung kot, sebab mengajar sekolah agama. Walaupun nakal dan tak matang, bila budak tu sebut kata-kata yang keagamaan sikit, nanti cepat je sejuk hati. Terharu dan bersyukur. Bersyukur sebab sekurang-kurangnya ilmu agama itu ada dalam diri mereka.

Meh aku cerita sikit pengalaman petang tadi.

Hari ini aku balik daripada sekolah agak lambat sebab aku kena menggantikan kelas yang gurunya ada urusan lain. Tadi aku jaga kelas tambahan untuk darjah 6. Masuk kelas, mestilah bajet garang kan. Lepas itu, suruhlah anak-anak murid buat kerja. Mula-mula tu, okaylah, semua dengar kata. Tapi, macam biasalah kan, lama-lama mesti ada yang borak juga. Dahlah tengah hujan lebat kat luar masa tu. Nyaman je.

Tak, ni bukan gambar ketika mengajar kat sekolah. Gambar ni diambil ketika sedang berangan mengajar di lecture hall di UiTM Lendu suatu ketika dahulu. credits to Izni Suhaimi.




Aku jalan-jalan pusing satu kelas tu. Suruh sekumpulan aulad buat kerja mereka. Lepas tu terdengar sekumpulan banat macam rancak berbual. Aku pergi kat mereka. Suruh buat kerja. Dua kelompok ni jelah yang kerja agak tergendala sebab berbual. Yang lain tekun je buat kerja alhamdulillah.


Sekali, one time, aku pergi kat kumpulan banat yang borak tadi. Tetiba salah seorang banat tu cakap, "Ustazah nak tau rahsia tak?"
Peh, tertariklah juga kan. "Apa?"

"Tu ha, aulad tu kan, dia suka *nama*."
Oh heh tu je ke rahsianya.. "Oh, ok. Awak suka siapa pulak?" Oops, terlayan.

Tetiba tersedar. Mereka patutnya buat kerja. "Hey, buat kerjalah!"

Pastu aku jalan-jalan lagi. Adalah beberapa murid panggil aku tanya pasal soalan yang mereka tak dapat jawab. Aku jalan dekat kumpulan aulad yang banyak borak. Mereka cakap pasal rahsia tu jugak. Dan aku suruh lagi mereka buat kerja. Suka benar cakap pasal minat meminati kaum tak sejenis ni. Hangpa nak periksa besar kot!



Kumpulan banat yang tadi tu panggil aku lagi.
"Ustazah nak tau tak, aulad yang tu pun suka *nama* jugak tau."
Ceh, aku ingat dia panggil sebab nak tanya soalan. Pastu aku macam, oh ok. Pastu suruh lah mereka buat kerja lagi.


Lepas tu ada seorang aulad panggil aku. Aulad ni memang kerap angkat tangan tanya soalan. Tapi kali ni soalan dia tak berkaitan dengan pelajaran. Dengan muka suci, senyum-senyum konon segan dan penuh innocent, dia bertanya,

"Ustazah, waktu diorang bagi tau pasal 'rahsia' tu dekat ustazah kan, kan waktu tu tengah guruh, kenapa ustazah tak cakap "auzubillahi minassyaitonirrajim" atau "astaghfirullahal-adzim"? Nanti ustazah kena sambar petir kang macam mana."

Serius terdiam. Lama aku fikir apa yang patut aku balas.
A'ah an. Terlayan gosip. Astaghfirullah..

Terima kasih aulad sebab bagi teguran padaku. Aku tak ingat nama dia. Ingat bin apa je. hoho.

Lepas tu terus aku suruh kumpulan banat tu buat kerja je dan nasihat la sikit, gosip tu tak membawa ke mana pun. Wuwu.

Semoga aulad yang menegur tu dapat jadi insan yang soleh dan musleh suatu hari nanti. Juga mereka-mereka yang terlibat samada secara langsung atau tak langsung dalam cerita ni.

Terima kasih Allah.


Salam.


Aulad = anak lelaki
Banat = anak perempuan

4 comments:

  1. Replies
    1. huhu kan? anak-anak sekarang makin pandai.

      Delete
  2. Aliya, kite nak ngajar kat sekolah tuuuuu. Bunyi macam seronok je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi silakan. rasanya, mengajar mana-mana sekolah agama pun, akan ada murid yang begitu. sekolah biasa pun mungkin ada juga.
      macam-macam ragam ada kat mana-mana pun.
      tapi, kalau nak datang sekolah sini jugak, hihi, mai laa..

      Delete