Saturday, March 22, 2014

Ikhlas

Salam.

Ikhlas.

Perkataan tu banyak kali aku dengar dan terbaca dalam minggu ni.
Dalam usrah, discuss pasal hadis ke 21 (dari Hadis 40 Imam Nawawi), tajuknya Istiqamah.
Bagaimana nak istiqamah?
Ikhlas.

Bincang lagi tentang pengalaman belajar, beraktiviti.
Macam mana boleh kekal semangat?
Ikhlas.

Hari tu keluar minum dengan geng-geng Kelab Iqra' (Kak Adawiyah, Atikah, Wana & Iman) kat N24. Dengarlah cerita kak Wiyah tentang semangat ikhwah akhawat Indonesia dalam tarbiyah dan dakwah. Bergerak semaksima mungkin selagi mampu. Tarbiyah mantap, dakwah jalan, akademik hebat. Kerdil rasa.
Tidak penat kah mereka? <--- FYI, mereka sangat tak suka dengar soalan ni. Kenapa?
Ikhlas.

Keikhlasan itu kunci untuk istiqamah.
Keikhlasan itu juga akan melahirkan kekuatan untuk terus bergerak.
dan insya-Allah dengan keikhlasan itu, segala amalan akan diterima oleh Allah di akhirat kelak.

Makes me think.
Selama ni aku ikhlas ke?
Pernah ke aku betul-betul ikhlas?
Semoga keikhlasan itu ada lah...

Semoga keikhlasan itu sentiasa bersama kita :)


because Jannah is ahead.

No comments:

Post a Comment