Saturday, July 23, 2011

The Making of Kek Batik

Salam :)

Rumusan "kenapa saya nak buat kek batik":
Ada satu gerai di pasar malam di dalam kampus tempat saya belajar yang menjual kek batik. Kebanyakan kawan-kawan saya suka sangat kek batik pakcik ni. Roommates pun suka sangat. Saya pun cuba rasa kek batik pakcik ni yang kawan saya beli. Lepas tu, saya pun cakap dengan kawan-kawan saya kat sini - esp. my roommates yang mungkin dah bosan mendengar saya cakap benda ni berulang kali, "kite buat lagi sedap!" *dengan penuh keyakinan. dan mereka pun cakap "ha, nanti buatlah. Kitorang rasa :)" baik je diorang respon. Saya terharu sebab mereka dapat bersabar dengan ke-perasan-an ku.
Arakian, sehari sebelum saya kembali ke UiTM Lendu, saya pun memulakan proses membuat kek batik. Dah lama tak buat. Kali terakhir buat adalah pada bulan Ogos tahun lepas, sebab ada iftar kelas *ohh, rindu.

Resepi yang digunakan telah diwariskan oleh kakak-kakakku, Uswah dan Safiah.

Bahan-bahan:
  • Biskut marie ; sebungkus (dalam gambar ni 2 bungkus sebab nak buat 2 kali)
  • Butter ; 1/2 buku
  • Milo ; 5 cawan (biasa orang guna choc. tapi guna milo lagi sedap kot)
  • Susu sejat ; 1/2 cawan
  • Susu pekat ; 1/2 cawan
  • Telur ; sebiji (optional. tak guna pun takpa)


Cara membuat:
  1. Patah-patahkan biskut marie. Patah 2 atau 4 pun cukup kot.
    biskut marie
  2. Cairkan butter dalam periuk (perlu tak tulis dalam periuk?)
  3. Masukkan telur sebiji; pakai api kecil
  4. Sebelum telur tu masak, cepat2 masukkan milo, susu sejat dan susu pekat secara bergilir-gilir dan berselang-seli.
  5. Kacau je bahan campuran tu sampai jadi macam chocolate cream
    yang ni chocolate cream dia macam keras + tak jadi sangat sebab lupa nak kecilkan api dan telur dah termasak sikit :P
  6. Tutup api. Masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan tadi ke dalam chocolate cream dalam periuk tu.
  7. Kacau/gaul biskut marie dengan krim coklat tu sampai rata.
  8. Masukkan biskut marie yang telah disaluti krim coklat ke dalam bekas / loyang / tupperware , etc. Mampat-mampatkan dia.
  9. masukkan dalam bekas. Saya alas bekas dengan plastik supaya nanti senang nak keluarkan kek tu dari bekas untuk dipotong.
  10. Biarkan sampai dah sejuk sikit, kemudian simpanlah di dalam peti sejuk anda.
  11. kek batik yang telah dimampatkan, menunggu masa untuk dimasukkan ke dalam fridge.
  12. Dalam 3-4 jam selepas tu, dah boleh dipotong dan dimakan :)

uhu~ tak ambil gambar pula rupa kek setelah dipotong. tapi rupa dia akan jadi lebih kurang macam ni;
kek batik Uswah, as written in the picture. 3 years ago ;)
Uswah punya ofkos la lagi lawa kan. ceh ceh.

Alhamdulillah, hari tu dapat buat banyak la juga kek batik. Buat dua kali. Dua bekas untuk rumah, dua bekas (1 besar, 1 kecil) lagi untuk kawan-kawan kat UiTM. Mula-mula macam tak confident nak bawa, sebab saya rasa krim coklat dia macam tak sedap sangat. huhu. Menyesal juga la kan berlagak dengan pakcik kek batik kat pasar malam. Astaghfirullah. Tu la, berlagak. Kan dah tak jadi sangat kek batiknya.
Tapi kan, alhamdulillah kawan-kawan aku kata sedap je kek batik tu. uhuk uhuk. Diorang suka rasa coklat yang macam tu kot. Tapi sebenarnya memang not bad pun. *perasan*
Yang bekas untuk rumah tu, kek batik dia sedap lagi kot (the 2nd time buat). Sebab tu tinggalkan kat rumah, khas untuk keluarga tercinta :)
Rasa gembira bila orang suka apa yang kita buat. Dapat menggembirakan mereka. Alhamdulillah :D

Sekian sahaja kisah berkenaan kek batik. 

------------------------------------------------------------------
Life updates:
Sekarang patutnya UiTM tengah cuti mid-sem. Tapi kami TESLians ada school project tadi. Jadi, kami pulang ke kampus lebih awal daripada pelajar-pelajar lain. School project tadi, alhamdulillah best sangat. Kalau rajin saya cerita :P
Minggu depan, kelas akan bermula seperti biasa. oh, assignments.
Semoga bersemangat!
Ramadhan dah dekat! :DD
-------------------------------------------------------------------

wassalam ~

9 comments:

  1. heh. thanks untuk kek batik
    tersebut. sedap2.

    ReplyDelete
  2. welcome. alhamdulillah. terharu tengok semua suka :)

    ReplyDelete
  3. waaahh sedapnye!! tapi i malas nak buat!! hahaha

    ReplyDelete
  4. amira: huhu. tq2 :)

    uswah: ceh, resepi uswah jugak. takpe, uswah sekali rajin terus buat semua sedap2. ok gak kot.

    ReplyDelete
  5. sobs. x bg kte rasa punn :(

    btw kek batik ni mmg resepi 1st yg budak Hira' akn buat time masak-masak PSFM & KRS dulu. bleh la try Hira'ians punya pulak nnt :P

    ReplyDelete
  6. kak kina: ala kak kina, sori.. kak kina balik hari apa.. huhu. kek ni, hari jumaat dah habis. lagipun tak kan nak simpan lama-lama.. nanti tak elok pulak kan. next time, ada rezeki kite buat lagi.. heee...
    akak pun ada peluang nanti buatla gak. keh3. bole la kite rasa Hira'ians punya juga :D

    ReplyDelete
  7. awk awk awk ! kte pun nak ... sepanjang kte bersama (ayat mcm apa jee :P ) awk tak penah buatkan untuk kte :D

    HEE ~

    ReplyDelete
  8. hyn: alololo~ nanti ada masa kite dating lagi, n ada masa kte buat, insya-Allah bole je kite buat untuk awk ;)

    ReplyDelete