Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem

Bismillah. Azan maghrib sudah berkumandang. Menandakan Ramadhan telah tiba.

Salam Ramadhan buat keluarga, semua sahabat dan kenalan-kenalan lain.
*tengah sayu ni first time sambut awal Ramadhan jauh dari keluarga.

Maafkan saya andai telah melukai saudara/saudari yang membaca samada sengaja mahupun tidak. Kalau ada tak puas hati, boleh inbox saya. Kalau saya ada berhutang, sila tuntut.
Marilah kita saling bermaaf-maafan di bulan yang mulia ini, semoga segala amalan kita di bulan ini diredhai, diberkati dan diterima-Nya. insya-Allah.

Ini doa awal Ramadhan yang Mak Cik Icah (ibu saudaraku) ada post di facebook;


maksudnya:
Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini seperti puasa orang-oirang yang berpuasa sebenar-benarnya, dan qiamku seperti orang-orang yang berqiam di malamnya, sedarkan aku di bulan ini dari tidurnya orang-orang yang lalai, dan kurniakan keampunan dari segala dosa Ya Ilah alam semesta, ampuni daku wahai Tuhan Yang Maha Mengampuni hamba-hambanya yang berdosa

ameen, ameen, Ya Rabbal 'Alamin.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi momentum untuk kita melakukan anjakan paradigma. Syaitan dah takda. Cuma tinggal lawan nafsu sendiri sahaja.
Semoga berjaya buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia! :)
Jangan lupa niat puasa ya!
Selamat berpesta ibadah :D

solat dan tilawah time!
wassalam.

P/S: dah puasa, kena elakkan tengok the previous post. ohhh~

No comments:

Post a Comment