Thursday, October 13, 2011

Day 16; A picture of someone who inspires me

This post is included in the 30 days challenge

Bismillah.

There are two persons actually that inspire me. those sometwo (sukahati buat word sendiri) who inspire me are,



abah and mama

They are my inspiration, my strength, my motivation, my parents.
Allow me to continue in Malay.

Agak mengecewakan sikit yang aku baru sedar dan hayati pengorbanan mama dan abah betul-betul lepas SPM. Tiba-tiba macam baru ternampak 'oh, selama ni mama gini gini' 'selama ni abah gini gini'. Baru sedar yang betul-betul punya sedar. Kesedaran ini aku tak dapat dan hayati waktu sekolah dulu. Waktu dah habis sekolah, sebelum keputusan SPM keluar, dah duduk rumah lama-lama sikit, tiba-tiba macam, *ketuungg!!* aku tersedar.

Bagaimana mereka menginspirasi aku?

Abah dan mama dua-dua pandai. Belajar bagus. Abah dulu kat sekolah, saaaangat sangat rajin. Budak surau, selalu kejut orang subuh, pastu semangat belajar. Add math pernah dapat highest. Biology pernah dapat 100. Dengan keputusan trial SPM je, dapat offer sambung architecture kat UK.
Mama pula, kat sekolah dulu, antara yang terawal mulakan trend pakai tudung dekat sekolah menengah. Zaman tu, boleh kira pakai jari je siapa yang pakai tudung dekat sekolah. Itu pun banyak kali kena condemn dengan warga sekolah. Nak-nak lagi dengan uniform sekolah yang memang pakai skirt. Memanglah saya respek dekat mama sebab mampu jadi kuat untuk setia dengan tudung.

Lihat. Itulah mereka di zaman sekolah. Cukup untuk membuatkan aku semangat nak belajar, sebab nak jadi macam abah dan mama. Cukup untuk membuatkan aku setia dengan tudungku yang bolehla dimasukkan dalam kategori labuh lah juga. Malu tau sebenarnya bila ibu bapa kita hebat, tapi kita sendiri...?

Mama dan abah dah berikan aku macam-macam benda yang terbaik. Mereka pastikan aku dapat belajar dekat SMI Hidayah walaupun yurannya agak tinggi. Sebab mereka nak aku dapat pendidikan akademik dan rohani yang terbaik. Mereka bagi aku pergi ESQ, sebab mereka nak aku termotivasi untuk lebih mencintai Allah dan Islam. Mereka izinkan aku beli macam-macam buku sebab mereka tau aku suka buku, siap suggest buku lagi. Mama bagi je aku beli macam-macam tudung asalkan aku tutup aurat. Abah selalu bagi semangat untuk aku mendalami minat aku terutamanya fotografi. Dan macam-macam lagilah jasa mereka. Mestilah kan.

Alhamdulillah Allah dah sedarkan aku. Sekarang, memang aku nak semangat belajar, aku ingat mama abah. Aku rasa macam lemah lembik, aku ingat abah mama. Aku mesti jadi sehebat mereka. atau lebih hebat lagi? huhuh. Aku, nak, banggakan mereka. Bahagiakan mereka. Supaya usaha dan pengorbanan mereka selama ini tak sia-sia.

Jadi, yeah, aku sebenarnya tengah agak berusaha nak jadi yang terbaik. Sebab tu aku cuba nak belajar rajin-rajin dalam bidang yang aku sendiri dah pilih, Asasi TESL. Alhamdulillah, Allah hantarkan manusia-manusia yang rajin jadi rakan-rakan sekelasku dan rakan-rakan sebilikku. Terdorong sikit aku nak rajin.

Dan bila aku tulis dalam bahasa melayu dan pasal ibu bapa aku dan pasal perkara yang sangat hampir denganku, memang aku akan tulis panjang. Agaknya siapalah yang sanggup baca sampai habis entri ni.. Mestilah aku sendiri! hahahaha. ok tak perlu gelak kot.

Kesimpulannya, tahniah kepada abah dan mama sebab jadi hebat sampai menjadi inspirasi saya dan terima kasih atas segalanya.

Sekian.

Wassalam.

4 comments:

  1. uhuk. silakan ambil yang baik dari post ini. huhu. I blog to share.

    ReplyDelete
  2. gembira dapat post awak.terasa semngat skit walaupun kte dah xde mama. good luck aliya

    ReplyDelete
  3. :) thanks kyra. awk pun mesti tau mama awak hebat coz da mengandungkan awak lama n dapat melahirkan anak yang sihat = awak. semoga Allah memberkati arwah mama awak :)
    n, good luck juga! semoga tetap semangat!

    ReplyDelete