Tuesday, October 4, 2011

Day 7; My Dream Wedding

This post is included in the 30 days challenge

Bismillah.

Salam.

Untuk challenge hari ini, kena tulis pasal my dream wedding, atau dalam bahasa melayunya, majlis perkahwinan impianku.
Sebenarnya aku macam malas sikit nak fikir pasal ni sebab nanti aku ter-syok sangat lalu terlalai dan terbuai di alam khayalan. Tapi, um, berangan jelah kejap. Kejap je!

Credits to gada-jermy, DeviantArt

Mula-mula, yang utama, aku suka majlis yang simple-mimple. Ringkas. Persalinan pun ringkas. Makanan,,, err, mungkin tak akan ringkas? Hmm. Tapi kalau ada rezeki lebih, buat yang lebih sikit pun tak apa kot. Tapi tak perlu terlalu grand. Faham tak? Hohoh.

Dari kecil dulu, suka berangan untuk berkahwin di United Kingdom atau nama lainnya, England. Sebab dulu mama dengan abah berkahwin di sana. London, to be exact. Sebab masa tu mama dengan abah sama-sama tengah belajar. Dan abah meminang mama masa tahun terakhir abah ambil degree. Cool tak? Majlis abah dengan mama pun simple.

Dan, jika berpeluang, nak sangat buat garden wedding. Penuh dengan bunga-bunga dan pepohon. Lepas tu, di sepanjang pathway untuk pengantin, diletakkan daun-daun kering banyak-banyak. Nanti bila kita pijak pathway tu, akan terdengar bunyi dedaun kering yang 'rangup'. I just lllooove the cracking sound of the dry leaves! :D *dengan nada gedik. okay, stop it. 
Atau lebih baik, letak je daun kering banyak-banyak kat setiap pathway, supaya para tetamu pun dapat menikmati bunyi dedaun kering yang dipijak-pijak! .............. or maybe not.

Rasanya, ini jelah yang mampu aku kongsi dalam apa yang aku berangankan. Hohoho.
Aku hanya mampu merancang, dan aku tahu, Allah ada perancangan yang paling baik buatku. Jadi, andai diizinkan impian majlis seperti ini menjadi nyata, alhamdulillah. Jika tidak, pun alhamdulillah. Ada hikmahnya. Dia tahu yang terbaik. Tapi, sebelum apa-apa jadi, aku masih boleh berusaha. *menanam azam* aku akan cari venue yang pokoknya banyak menggugurkan daun tapi masih banyak berdaun. Supaya tempat tu redup dan dalam masa yang sama, ada banyak daun kering. Semoga berjaya. huh. tolonglah, aliya.

Ok, cukup-cukuplah berangan tu. Berangan banyak-banyak tak elok juga. Buang masa. Kan?
Daripada berangan pasal masa depan yang belum pasti (e.g; kahwin. kau ni, muet pun belum lepas, asasi tak habis lagi, dah berangan eh?), baikla fikirkan masalah umat ke, fikirkan nak tingkatkan potensi dan prestasi diri, etcetera etcetera. Tapi sebenarnya, berangan juga dapat menjana minda untuk menjadi lebih kreatif. Cuma, kita kena pandai-pandai kawal lah :)

Astaghfirullahal'adzim..

Hoho. Sekian sahaja post kali ini. Terima kasih jika anda membaca sampai habis. Tahniah le.
Wassalam :)

5 comments:

  1. hhehee..dah agak dah.tak habis habis daun kering tu.

    ReplyDelete
  2. aliya. istana garden? hijau. rumput je semua. daun kering tu bawaklah dari mana mana. hehe

    ReplyDelete
  3. amira; wajiblah ada daun kering :D

    aisyah; tula, dulu pernah berangan nak buat kat situ jugak. heeeee.. tapi lupa kejap. awak cakap ni baru ingat balik. thanks la! haha..

    ReplyDelete
  4. comel lahh berangan.kalau kat skola dulu sure suka ckp psal hal ni.hee

    ReplyDelete
  5. kyra; haha, ofkos. cakap je perkataan 'kahwin', semua mata segar. hahaha

    ReplyDelete